Pengikut

01 September 2017

Tips Interview Polis .. ada TIPS ke :'))




Assalamualaikum.. lama gile tak jengah blog ni ingat da berkubur dah rupanya ada lagi.. sedeyyy!! walaupun blog hidup segan mati tak mau tapi masih lagi yang sudi membaca (tengok dari komen2 korang la) especially yang bertanyakan tips interview untuk polis. jujur dek akak nak cakap... interview polis ni takde tips2 khusus... huhuhu nak2 pulak sekarang pengambilan polis sekarang under JPA kan... Interview polis tak sama macam kau nak pi interview JPA tu ... banyak peringkat kau kena lalui huhuu org kata sampai kau boleh give up la orang kata.. nasib la hakak kau ni kuat n sado jiwa dan raga.. berjaya jugak akhirnya.. hihihi...

emm sebab ramai tanya kan nak bagi tips tu tak lah pandai tapi share sikit2 tu boleh la ...

1) Fizikal ... pastikan cukup tinggi kalau ngam2 ni payah sikit... berat tu BMI tu jangan lajak2 sangat sampai 27... cukup fit untuk lari, lompat burpees dan sebagainya... basic la ni..

2) MIT TEST .. sekarang sebelum nak lepas fizikal test ni tak silap aku la ada MIT TEST.. untuk test tahap integriti korang tu takat mana... penting ni kang kalau dapat kerja xde la culas dengan tugas.. dulu zaman aku takde lagi MIT TEST .. lepas MIT TEST ni baru boleh ke peringkat seterusnya..

3) INTERVIEW ... keh keh keh ... standby la korang dengan isu2 melibatkan polis ... isu apa yang terkini.. standby sekali pengetahuan korang pasal PDRM .. apa dia punya piagam maksud tu maksud ni apa jabatan peranan jabatan tu siapa pulak KPN benda2 basic ni kena tau... Bahasa Inggeris kena standby.. kena tau la apa integriti ... maksud sedia berkhidmat ke .. hurai hujah dan sebagainya.. yela sebab kalau yg mintak inspektor kan semua degree so expectation pun tinggi la .. huhuu

tu je la nak sharing2 hihi good luck untuk yang akan ke interview... apa2 pun mental jangan calar.. standby dari sekarang ye tuan - puan.. Istilah mental jangan calar ni korang kena semat, pin .. ketuk dengan paku betul2 dalam hati kepala jantung limpa korang tu sebab perkataan tu nanti korang kena ingat dari korang interview, masuk latihan sampaila ke kerja... jngan ingat kerja polis senang ye... hihi

KEYBAI!

Tiada ulasan: