Pengikut

03 September 2017

Alifa Hibatillah .. Syurga kami (9.9.2016) Part 2

Dalam tempoh duduk hospital tiba2 dapat tau kes ni jadi viral dekat facebook... huh... tekejut tgk notification beratus2 dengan friend request yang sangat ramai.. kes dapat perhatian.. tapi apalah yang ada masa tu.. otak kosong ... tak boleh nak fikir.. biarkan je malas nak layan netizen2 yang pandai mengondem mengkritik tanpa tahu cerita sebenar.. apa yang berlaku simpan rapat2 dalam peti hati .. hanya kawan terdekat, family dan pihak hospital saje yang tau kisah sebenar.. biarlah tak kuasa nak layan.. pernah terbaca komen2 netizen yang mengkritik.. kata buat cerita dan sebagainya.. emm family terutama abah yang baru je terdedah dengan dunia media sosial adik masing2 cuba bgtau cerita sebenar tapi apalah daya kita nak melawan kumpulan keyboard warrior ni.. sudahnya pesan dekat abah dengan adik beradik tak payah layan diorang nanti kita sakit hati.. biar je kita yang tahu... kes pun da dapat perhatian KKM, JKNS dan pihak hospital.. jadi berpihak kepada siapa yang benar... betul x.. netizen? keyboard warrior? biarkan je la .... 

akhirnya da bila kondisi diri dah semakin pulih sampai masa kita pulang... sedihnya hati balik dengan tangan kosong .. Allahu tuhan je yang tau apa perasaan.. ditolak atas kerusi roda tanpa bayi ditangan, melihat keliling ibu2 yang admit sama2 masing2 dengan permata hati... menangis lagi... sampai pulak rumah tgk pulak barang2 baby yang da sedia .... kasut si kecil ... tempat tido.. breast pump x sempat nak guna... emm menangis lagi .... mmg tak kuat...ayah bawak balik baju yang dikirim dari itali dan london konon untuk sikecil pakai masa setahun .. menangis lagi.. hai lah hati .. mulut kata redha tapi kenapa masih menangis ni?? haih... risau keadaan berlarutan suami dan kawan2 cuba bagi kata2 sokongan minta banyakkan berzikir minta pada Allah ketenangan dalam hati... Setiap kali rasa sedih baca doa nabi yusuf... cuba .. ikhtiar... takut jadi meroyan.. kena kuatkan hati ... 

bila malam hurmm seminggu pertama hari hari mimpi buruk... mimpi buruk .. terkejut menangis.. sampai suami pun x boleh tido kesian dia balik dari london tak sempat rehat terpaksa jaga kita pulak.. masa berganti masa hari berganti hari bulan berganti bulan... habis sudah tempoh berpantang yang penuh pancaroba.. 6 bulan lepas pantang mula keluar rumah buat aktiviti senaman tujuan hanya satu untuk isi kekosongan .. yelah kan tangguh semester... apa lagi nak buat.. at least ada lah sikit aktiviti yang nak dibuat... 

nak kata hati dah kuat tu boleh la sikit... tapi kadang2 bila teringat menitik air mata jugak... kubur anak? lama jugak nak boleh jejak.. hati tak kuat lagi ... baru pergi sekali je... haih... bukan senang nak lalui  semua ni.. bila dah lalui baru kita tau diri kita boleh redha atau tidak.... Harap2 Allah beri peluang lagi untuk mengandung... dan untuk ibu2 yang melalui pengalaman yang sama, didoakan semoga Allah memberi ganjaran seluas-luasnya atas kesabaran kita selama ini.. Jaga lah anak elok2 anugerah Allah ... 

sekian.. 














Tiada ulasan: