Pengikut

21 Disember 2014

banana fruit two time!

di kala aku tgh sibuk berjimat cermat utk kawen, nak dijadikan cerita HP hilang pulak!! aiyooo dua kali dah.. dua kali kawan-kawan.. sakit ati kita wak! dulu tinggal kat butik ni tinggal kat mana pun tak tau ! rasa macam tinggal kat kerusi urut ogawa dekat wayang e curve tu... apa la pelupa sangat aku ni.. nasib kali ni hp Lenovo.. lenovo pun tetap duit jugak.. huhuhu da la dalam tu banyak no2 fon vendor, input pasal majlis kawen .. adesssss sadis sungguh otak aku ni... kenapa ye cik otak dah penuh sangat ke sampai melimpah ruah takleh nak tampung benda yang nak ingat.. huhuhu cedih betul!

gambar2 macam biasa masih selamat sebab ada dropbox.. huhuhu semalam jugak aku pegi buat simkad baru masih guna no yang sama... aduiii satu lagi masalah sebab nak ingat gmail yang aku guna tu huhuhuhu mati la nak!!! mula tunang aku si jebat tu haa jadi jebat la dia.. huhu agaknya nampak muka seposen aku hihihi terus slow down gelak kan pulak. huhuhu sabar jela.. da la duit tu nak buat beli barang kawen.. abes lah sudah.. haiyaaaa!!!

tabahla linda.. kali ni jgn bagi hilang lagi hp tu nak oiiiii

20 Disember 2014

Persediaan Kahwin Part 8 - alahai berat badan

:(( alahai pagi2 dah tunjuk mood kecewa urmmmm... cane ni lagi sebulan berat aku makin naik pulak dah aiyaahhh.... lagi berat dari masa tunang.. baju nikah tu x muat takpe aku da ada pilihan lain dah nak pakai jubah. tapi bila baju No 1 pun dah mula ketat... urrmmmm ni problem besar... huhuhu.... sebab aku xde baju lain dah nak pakai !!! arrghh stress!! aku pun sejak nak dekat2 kawen ni malas je nak pegi gym huuhuhuhu
asyik letih sokmo.... haihhh cane ni ... adoiiii makan ubat kurus baru tauuuu!!! aduiiii risau sungguh heh.. yng tunang aku ni pulak semangat dok bina badan! huhu aku jeeee aaaaa benci laaaa

06 Disember 2014

PART 7- JEMPUTAN JEMPUTAN VIP KIRI KANAN DEPAN BELAKANG

Hai.. assalamualaikum.. hihihihi sekarang dah masuk bulan 12.... tgh dalam mood menghitung hari... huhuhu da tak lama dah laa ...aiyaaaa.... so far untuk tempahan semua dah takde apa nak tempah kot... sekarang ni tgh mood nak edar kad kawen... huhuhuhu.. aku baru je balik dari penang... menjemput sedara mara kat sana.. VIP tak ko rasa... hahahha...

untuk jemputan kahwin ni, bila aku senarai kan nama2 jemputan.. wahhh boleh tahan banyak dato', Dr. pangkat2.. hohoho.... yolah dulu kerja kat kementerian kesihatan kena la jemput dr.. sekarang kerja kat tempat lain HQ pulak kena la jemput bos.. bos pangkat dato'... huhuhuhu... kaan kakak aku kata kenduri aku ni blh tahan banyak VIP huhuhu dulu dia banyak retis je... yelah da dia wartawan...

tetiba aku terfikir nak jemput TJ hoho yelah memandangkan dia skuadmate aku... hihihi... and Kamal Afendi... :P sebab dia idola aku.. nak jemput Tun M kang rasa macam terlebih sudah! buat pun kat dewan masjid je bukan kat hotel... huhuhu.... tadi dengan berani matinya aku dah menjemput Kamal Afandi ikut FB dia... hihihi agak2 dia sudi datang x?? sebelum sudi dtg dia reply x mesej aku ... tu yg penting hahahhaa...takpe yg penting da invite.. kalau sudi tuan dtg lah ke kenduri saya yg tak seberapa ni... :)

01 Disember 2014

PERSEDIAAN KAHWIN PART 6 - List hantaran kahwin.. apa je yang belum ni.. jhuhuhu

assalamualaikum.. wahhh tetiba cerita pasal persediaan kawen aku dah sampai part 6.. kau ada... huhuhuhu.... sekarang ni yang lain semua under control.. part hantaran je x setel lagi .. urmmmm... so far list barang hantaran dua2 pihak :-

LELAKI

1) Minyak Wangi (Done) 
2) Tali pinggang + Dompet (Done) 
3) baju kemeja + seluar kerja (Done) 
4) Tuala 2 Set (aku punye sekali tumpang dulang) hehehe (Done) 
5) kali pelikat/ pelikat pant (Belum) 
6) Tafsir  Alquran (done) 
7) kekacang/ kurma (Belum) 
8) kek (Belum) 
9) kuih - muih (Belum) 

PEREMPUAN

1) Minyak wangi (Done) 
2) Beg tangan (Done) 
3) set mandi (Done) 
4) Mas kahwin + gelang (Belum) 
5) Tafsir AlQuran (done) + baju jubah (Belum) 
6) coklat(Belum) 
7) popcorn gourmett (Belum) 

huhuhuhu tafsir alquran tu aku da survey harga dalam RM 100-150... coklat tu aku bajet 100, Popcorn pun aku bajet 100 ke bawah... huhuhuhu serius bajet mendesak namanya ni....

*update - tafsir Alquran beli kat MPH RM 75 huhuhu sangat beza hokey dengan kedai arab yang ada kat tesco @ big aeon.. untuk bakal2 nanti nak cari alquran cari lah kat kedai buku.. harap2nya alquran tu aku dapat khatam bersama dengan sang suami.. ecewahhh!!!