Pengikut

29 April 2014

anyeong!! PART 1

assalamualaikum semua.. hahahha sebenarnya aku lupa nak cerita pasal trip aku gi korea.. cemane blh lupa ntah...huhuhuhu

secara ringkasnya aku boleh katakan yang trip ni trip emegency hahahaha sebab ape emegency haaaa ni nak cerita .. walaupun dah 3 bulan berlalu tapi masih segar dalam ingatan... huhuhu... yang boleh jadik emegency tu sebab tetiba trip aku ni kena kensel sebab org yang uruskan tu tak buat tempahan kat kitorang... duit dah habis bayar ni.. pastu sedap2 suruh tukar ke spring.. wawawahhhh taktau ke aku dah beli coat winter semua bagai tu?? hah? hah?? berasap jugak la masa tu... terasa merah muka time tu...dah la lagi tiga hari nak pergi... kuang asam betul... padanla bila kitorang dok suruh update dia tak update2 tapi duit mintak tiap2 bulan.. so agen yg jadi org tgh ni kompem la kena fire.. aku cakap aku nak mintak duit aku balik tak kira apa jadi kalau tak aku pegi kompeni tu aku serang kat sana n buat report polis.. tapi yg org tgh ni pun gelabah jugak so dia menjanjikan dia akan dapatkan jugak duit tu.... sebab patut kitorang gi ngan dia jugak.. org tgh ni kawan adik aku.

sebabkan frust yang melampau aku dengan kawan aku buat keputusan nak gi sendiri .. dalam masa 3 hari tu kitorang book flight (walaupun mahal ), book guest house, book tempat2 menarik, print out semua kupon, itenary program bagai semua laahh!!! akhirnya semua berjaya dan dapatlah jugak aku pergi.. haaa main gile ingat aku takleh gi sendiri ke... huh! tapi tiket flight masa tu memang mahal la dekat 2000++ pegi balik... n aku bawak duit belanja RM 2500... memang takde shopping2 lah sebab tu takde souvenir kat kengkawan maapla ye...RM 2500 tu termasuk transport kat sana, duit guest house makan dan segalanya.. alhamdulillah cukup.. hasil berjimat cermat kata ko! hehehehehe

hari yang dinantikan pun tiba.... heheheh kitorang naik air asia...
mak, abah pakcik , acik n adik qila hehehe hantar kitorang kat KLIA

flight ambik masa selama 6 jam.. aku dengan kompidennya tak bawak bawak keluar la winter coat tu dengan harapan takpelah sampai nanti terus masuk aiport.. memang le sampai dalam airport pun kitorang tak bawak keluar winter kot... keluar je pintu nak gi amek bas.. hah ameekk kauu... sejuk sampai ketaq lutut.. cramp abeh kaki tangan sume....huhuhu dalam bas panas pastu sampai kat stesyen tu haaaaa menggagau bukak beg.. tangan semua sakit... huhuhu so next time sesapa yg nak pegi tu pastikan winter coat dengan sarung tangan semua dah bawak keluar siap2 ye.. jgn jadik macam aku haaa menyesal korang nanti!
selfie dulu kat airport 

dekat malaysia tgk cerita korea, dekat korea ape ntah lagi ada pilihan ke huhuhu 


masa ni tgh tgk subway plan untuk berjalan esok.. PENIN!!

masa nak cari hotel tu satu jugak dengan kesejukan ya amat tu nak dijadikan cerita sesat la puloookkk huhuhu... mapuh! pusing2 tak jumpa hotel kitorang ... tanye la ajumma dengan ajussi kat sana .. walaupun tak faham tapi diorang willing to help without any doubt hah hambek...siap tolong call.. yang ajussi tu siap cakap korea lagi.. last2 ada sorang lelaki korea ni pernah kerja kat malaysia so dia la yg bawak kitorang ke guest house tu ... masa nak lintas jalan tetiba ada 3 lelaki muda korea tolong tarik beg.. dalam ati aku " baik betul diorang ni tak mintak tolong pun.." rupanya diorang tu staff sana... hehehe padanla... sampai bilik berehat kejap sambil meregangkan kaki...

malam tu kitorang keluar nak jalan2 sambil singgah2 kat kedai tapi sebab musim sejuk kul 6 tu semua kedai dah tutup!  aiyaaaa!!! takde apa dah 

sempat jalan kat sini je...

mira n ira... nak ambik gambar pun payah ..

me n ira!! hehehe sejup bangat

sekianlah untuk perjalanan hari pertama... hehehehhe tak tahan wei sejuk gilo... hari kedua nanti continue!!!

13 April 2014

PLAN MASA DEPAN

Salam semua... lalalala~~ happy tak? happy tak? berbulu tak?? hihihi takde apa yang lebih menggembirakan bagi seorang perempuan bila temannya mula berfikir untuk bersama-sama ke hadapan untuk melangkah ke alam yang lebih serius.. waahh gitu... kelas!!

setelah berkenalan lebih 5 bulan, nak kata kenal semua perangai tak lah jugak kan tapi bolehlaaa.... bergaduh bergurau.... akhirnya incik A ajak aku bertunang.. wink!! wink.. siapa yang tak happy tapi syarat aku kat dia pegi cakap sendiri dekat mak ngan abah... dan akhirnya hari ini dia dtg jumpa mak n abah membawa hajat... hehehe dia kata ya bukan aku.. aku pasang telinga...tapi sebelum dia datang pun aku dah mula buat preparation sikit2dah... dah start survey barang .. baju... semua lah.

tarikh yg kitorang pilih hujung bulan mei... sebab area tu tarikh birthday aku dengan dia sekali...sambil menyelam minum air la kan... plan ari tu nak buat yang simple2 je sekali tak jadi..... nanti cerita ye bila dah jadi betul2.. huhuhu banyak ari lagi ada sebulan lebih lagi.

doakan aku dengan incik A yang terbaik semoga majlis kami berjalan dengan lancar.