Pengikut

01 September 2014

Persiapan Kahwin Part 2- Dokumen Kahwin buat aku stresss!!!

hoho salam semua... tup tap tup tap sekarang dah masuk bulan 9.. omaiii... dok kira2 hari .. september, oktober , november, disember, januari.. urmmm tolak januari aku ada 3 bulan 27 hari macam tu la kan.. huhuhu cepatnya masa berlalu..

Dari Mei ke Sept ni ape je yang aku dah buat? huhu tgk checklist sikit :

1) mekap + pelamin + foto & Video = BOOKED
2) Dewan = Booked
3) Barang hantaran = Dah beli tinggal lagi dua
4) Bunga untuk hiasan dulang hantaran = DONE!
5) bekas telur = Dah beli separuh

Yang ni yang penting buat masa ni n sekarang bulan 9 jadiknya aku nak fokuskan untuk dokumen2 nak hantar ke Pejabat kahwin pulak.. huhuh adoii...
part 1 ni aku baru je setelkan permohonan kawen dari Jabatan.. Surat Akuan bujang Tunang pun dah, IC dia pun dah IC aku dah..

Yang belum : Sijil Kahwin (dua2 pihak) IC saksi dengan Wali (Perempuan) Ujian HIV (Dua2 pihak) urmm..

sebenarnya lama jugak aku nak paham pasal penyediaan dokumen ni hahaha nampak lembat ke tidak.. hiihii... jadi hari ni aku dah paham sebab dia terangkan guna bahasa yg mudah hahaha.. Tunang aku bukan org selangor dan akan berkahwin di selangor (tempat aku) .. hasil dari belekan dan tilikan di blog2 dan website Jabatan Agama... cara dia mudah je hohoho :

1) Bukak website JAWIP print out borang 1, borang tu tunang aku kena bawak ke kariah dia bersama2 dokumen yang lengkap.. dokumen yang dia perlukan : IC (asal & original 2 Keping) IC Pasangan (salinan 2 Keping) Sijil Kursus Kahwin , Surat majikan pengakuan Bujang , Laporan Ujian HIV . lepas dah complete dia kena bagi dekat aku pulak..
tapi sekarang kitorang kena buat Ujian HIV dulu la. emmmm

2) lepas dia serah kat aku, aku pun kena complete kan borang 2C & 2D Dokumen2 sama mcm lelaki cuma tak perlu akuan bujang.. dokumen yang aku kena sediakan : IC aku , IC Pasangan, IC Wali , IC Saksi 2 orang, Surat kebenaran Berkahwin PDRM, Borang dari lelaki yang kat atas yang da complete, Laporan HIV , Sijil Kahwin (salinan) laki pompuan... pastu baru boleh srah ke pejabat agama.. haa nampak.. hasil study dokumen yang ntah berapa lama.. hahahha.. mampuih.

tunggu tunang den balik lepas ni blh buat HIV test.. hehehehe pastu nanti baru citer lain haha

Tiada ulasan: