Pengikut

18 Julai 2014

DUGAAN BUAT MALAYSIA #prayforMH17

assalamualaikum dan salam ramadhan sahabat2..rasanya semua rakyat malaysia sekarang masih terkejut dengan cerita kapal terbang MAS yang terhempas di sempadan ukraine + Russia genap pada 10 Ramadhan.. aku sendiri pun bangun pagi terkejut tgk ramai sangat yg tag MH17 .. selepas MH 370 yang hilang tanpa khabar berita tak sampai 5 bulan MH 17 pulak.. subhanallah dugaan berat yang Kau bagi untuk kami... adik aku pun baru terbang dari amsterdam ke KL bulan lepas tapi naik Qatar Airway.. sangat menggusarkan..tapi alhamdulillah selamat dia..

 aku harapkan semoga semua ahli keluarga mangsa dapat bersabar , tabah, walaupun tau benda ni susah nak hilang.. yelah kalau kena kat aku pun makan trauma jugaklah ... sebagai Manusia yess susah nak terima tetapi sebagai islam yg percaya pada qada' dan qadar kena terima segala ketentuan dan perjalanan kita .. redha dan tawakal. percayalah Allah S.W.T sayangkan kita.. dugaan yang datang bukan saje2 pasti ada hikmah. Allah takkan bagi dugaan jika hambaNya tak mampu untuk tanggung..

Kepada KEYBOARD WARRIOR, tak payah lah keluarkan andaian korang yang bijak pandai, kepada ATTENTION SEEKER tak payahla nak kejar trending kat tweeter ke, berangan nak masuk paper ke radio ke, TV ke... keluar ayat2 sampah tetiba pulak maki2 kata orng tu kata orang ni macam kau bagus sangat...menyampah wei...

kepada PM semoga terus tabah mentadbir malaysia... kepada RAKYAT MALAYSIA khususnya jgn memburukkan lagi keadaan dengan meng"kondem" negara sendiri.... dah la kondem post dalam media sosial semua orang boleh baca... nampak sangat tak sayang negara.. Kalau malaysia ni perang aku nak tgk jugak orang2 macam ni ape dia nak buat.. doalah yang baik2...sokongan satu sama lain tu penting... bila ada sikit retak, orang sentuh sikit je yang retak tu boleh pecah berderai...dah berderai kena ganti baru pulak.. haa paham tak kiasan aku... sudah2lah mencari salah orang.

apa pun semoga malaysia selamat dijauhkan daripada segala ancaman dan semoga hati rakyat malaysia ni bersatu ... amin.. salam takziah untuk keluarga mangsa MH17... innallillah.. T_T

Tiada ulasan: