Pengikut

08 Mac 2014

KUN FA YA KUN.. #pray for MH370

assalamualaikum ...

aku rasa sekarang ni semua rakyat Malaysia masih bersedih dengan kehilangan Kapal Terbang MAS. Kemana hilangnya masih belum diketahui memandangkan tiada bukti yang dijumpai.. sedikit Info MH370 ini menghala ke Beijing & mengalami kerosakan radar dan terputus hubungan selepas melintasi laut China Selatan. meremang bulu roma kan.. huhuhu... semuanya masih kemungkinan.. mungkin terhempas?? kena hijack?? taktaulah wallahua'alam.. semuanya kemungkinan. sekarang ni aku cuma membayangkan perasaan2 family penumpang MH 370... berserah kepada Allah yang menjadikan kita.. sedangkan suatu masa dulu aku dekat pulapol, kena serang wabak virus kencing tikus n ada kematian bila dapat call mak, dengar suara mak meraung.. huhuhu sangat sedih... T_T bila mak tau aku sihat, tak demam, dengar suara mak happy...ini baru sikit... haih tak tergambar perasaan family MH 370.

ada jugak yang aku rasa sangat tidak prihatin dengan perkara ni, tak sensitif, mungkin tak kena dekat family atau kenalan diorang, boleh la cakap macam2... ada jugak kawan2 aku yang pada aku agak sengal jugaklah tanya soalan bodoh (pada aku) hellooooo wake up!! mana pegi akal korang ni kalau benda sesimple tu pun takleh nak fikir??? asyik nak salahkan orang je??? antara soalan bodoh yang aku terima:

1) KENAPA KERAJAAN MALAYSIA LAMBAT SANGAT NAK BUAT KENYATAAN SEDANGKAN KERAJAAN LUAR DAH MENGESAHKAN YANG MH 370 TERHEMPAS?

sayang, mereka ialah KERAJAAN... kalau kerajaan percaya tanpa ada bukti bukan ke itu sesuatu yg memalukan.?? apa2 pun sebelum nak keluarkan kenyataan mesti ada bukti sayangku.. bayangkan kalau kerajaan membuta tuli percaya apa yg dalam what apps, dlm fb yang macam korang2 dapat, andai aku ni family penumpang2 tu aku akan tanye balik "mana bangkai kapal terbang tu"?? kau rasa macam mana nak jawab?? boleh ke korang terima benda tu bulat2 tanpa menyiasat terlebih dahulu... pikir ye tolong.. kita ada otak...

2)KALAU TAK CERITA TAK BETUL, KENAPA KERAJAAN BAWAK FAMILY PENUMPANG PEGI VIETNAM?
kemalangan kan berlaku berhampiran perairan vietnam, tentulah bawa ke sana... takkan nak gi india pulak... hadoi!! aku sendiri pun kalau ada family members dalam tu aku nak pergi.... lebih memudahkan diorang dari tunggu di malaysia.. dengar khabar je kan... tak ke korang rasa gitu... aku rasa ni salah satu tindakan yang baik dari kerajaan n syarikat MAS.

3) TENTERA LAUT VIETNAM SENDIRI DAH CAKAP YG MH370 TU TERHEMPAS DALAM LAUT. N ADA ORANG YANG KERJA DI PELANTAR PUN NAMPAK.

ok.. andaikata tentera laut vietnam cakap terhempas, korang tak rasa ke diorang akan maklumkan dekat kerajaan malaysia??? takkan diorang nak sorok... gilo... mesti ada gambar dari pihak tentera laut vietnam... gambar!! paham tak! zaman teknologi yang canggih ni kan mesti gambar2 tu akan tersebar walaupun org kata itu rahsia ..

lagi satu nma pun terhempas... boleh bayang tak impact dia macam mana.... kapal terbang pun dah laju andaikata dia terhempas n jatuh menjunam, bayangkan kelajuan dia... mesti akan ada sayap atau apa saje yang patah... mesti ada serpihan2 atau at least minyak tumpah... laut juga akan bergelombang... bila laut bergelombang maritim mesti akan kesan sesuatu...

lagi satu yang aku rasa sangat bodoh bila ada orang kaitkan dengan politik, bangsa dan kenegerian... ini memang menyakitkan hati....

tolonglah fikir... kita memang boleh fikir segala kemungkinan tapi fikirkan juga apa yang jadi pasal kemungkinan tu... kalau korang kata itu, mesti ada ini.... paham x... semuanya ada penjelasan.. kita boleh buat andaian tapi jangan terus buat conclusion...

doakan yang terbaik.... semoga dipermudahkan dalam usaha2 mencari penumpang dan MH370... semoga keluarga penumpang dan kabin krew tabah menerima apa sahaja khabar nanti...


Tiada ulasan: