Pengikut

27 Mac 2013

fedup

huh! aku rasa ni la first time aku nak luahkan perasaan sejak2 aku kerja kat tempat baru nih... bukan pasal kerja tapi org sekitar2 aku nih.. memang macam haram jadah! dah la dengan perangai jahanam budak tu tambah pulak org yang suke2 perli aku pastu cari kelemahan org.. mulut pulak dah mcam longkang.. kenapa la aku ni sebuk sangat nak jaga org tapi org ni selamba je sakitkan ati aku! depan aku baiklah "boleh je.. ok ape... " belakang aku habeh dia kutuk! tak guna betul .. suka sangat cari perhatian pergilah kau!! PERGI MAMPUS! memang tak boleh buat kawan la org mcm ni....

25 Mac 2013

SELAMAT HARI POLIS

Salam.... setelah berhempas pulas reharsal akhirnya tibalah hari yang dinantikan...hehehe untuk itu dengan rendah hati aku nak ucapkan SELAMAT HARI POLIS YANG KE 206 kepada seluruh warga PDRM tak kira dimana jua anda berada... hehehe... tabah dalam menjalankan tugas, cacian cercaan dan makian dari org kat luar tu kita telan seenaknya.. kepada pasukan polis yang ada di Lahad Datu selamat menjalankan tugas dan aku doakan yang terbaik utk semua org di sana... tadi touching tgk balu dan anak2 polis yang dah meninggal dekat PULAPOL pasang pulak lagu pahlawanku.. haissshh tahan je aku dari nangis.. sabar jelah..

PERJUANGAN SATU MALAYSIA

Setelah dua abad memagari rumah ini
bukan pujian yang kita cari
setelah 206 tahun menyemai bakti
bukan taburan bintang di dada yang kita impi
ditanah ibunda keringat darah tumpah ke bumi
bukan kerana upah yang tak seberapa
tetapi dek kerana janji dan sumpah setia



Inilah bumi Malaysia tempat kita mencurah bakti
binaan penuh tumpahan darah
dan linangan air mata oleh pejuang bangsa
tidak mengira keturunan dan agama
Melayu, Cina, India, Bajau, Melanau, Murut, Bidayuh, 
Kadazan, Dusun, Iban, Dayak, Penan , Kayan, Orang Hulu dan segala rumpun bangsa bersatu berganding bahu
membenteng keamanan negara bangsa
dengan semangat perjuangan Satu Malaysia
bukan untuk mencipta nama 
tetapi mengharap ia kekal untuk diwariskan
kepada generasi dihari muka



Tidak sekali-kali
akan kita gadaikan kepada penjajah
tidak sekali-kali
akan kita serahkan kepada pembelot bangsa
tidak sekali-kali
akan kita letakkan nilai harganya kepada sesiapa



Biar darah merah kami menitis ke bumi
biar pun jasad kami di kelar berkali-kali
biar tulang belulang kami hancur lebur
namun pantang sekali kami undur
kami akan terus mara mengempur
walau ditakdirkan kami gugur



Telah kami buktikan kesetiaan sejak zaman berzaman
Bukit kepong menjadi sejarah air mata
Sejarah silam melingkari peristiwa
Ramai pahlawan kita rebah mempertahan bumi bertuah
Namun api perjuangan kita tak pernah padam
Pahlawanku tegap berdiri dan Serikandinya tak berpaling hati
menghambakan diri menguftikan janji padamu pertiwi



kini Lahad Datu dan Semporna mengulangi sejarah
dada pahlawan ditembusi bisa peluru
tubuh dilapah jasad disiksa tanpa belas kasihnya
pahlawanku gugur mepertahankan tanah air berdaulat
ayah ibu menangis pilu kehilangan anak tempat bergantung
para isteri berendam air mata kehilangan suami tercinta
anak-anak menanti kepulangan ayah 
yang tak akan kembali lagi ke dunia
ternyata segala pengorbanan pahlawanku tak terhitung
mempertahankan bumi Malaysia bukan untuk disanjung



Pahlawanku
Kitalah pewaris mutlak penuh setia
menjadi perisai sempadan negara bangsa
dan terus berdiri mengibar pusaka azimat
Sang Saka Biru panji keramat

di tanah ibunda Malaysiaku bumi berdaulat


SELAMAT HARI POLIS 206 DARI KAMI WARGA PDRM..


23 Mac 2013

Malam mess yang bergaya...

halooo... hahahaha kenapa ntah tetiba nak update memalam buta nih,, hhehehe yelah sebab aku rasa ni first time aku wat kerja agak gile la sebab aku tak pernah make up sektakat nak gi diner2 ni.. hehehehe nasib baik kenal kakak ni so dia lah yg tolong make up kan.. hehehhe... aku suka kening dia buat.. yelah seperti sedia maklum kening aku ni memang serabut alam... berselirat hahaha tapi tak tau dia guna ape dia lukis kening aku nampak cantik je macam cukur.. padahal tak usik pun kening tu.. tu la part paling menarik sebab aku rasa tak pernah ada org pandai nak lukis kening aku .. hahahaha

see... nampak tak sebelum dan selepas tu hehehe.... kening aku cantik kan..kan..kan... 

yang sebelah kiri tu la yg mekap aku .. cute kan tukang mekapnye puuunnn...


Nak dijadikan cerita, sepanjang perjalanan nak ke hotel Palace tu memang mencabar fizikal dan mental aku.. mana taknye ... tersangkut dekat jam hampir 2 jam ditambah pulak bila dah sampai dekat area Palace tu aku boleh terlajak pulak! tak guna betul!terpaksa pusing balik dekat jalan nak ke seri kembangan sampai ke sungai besi.. natijahnya: tol bayar dua kali n terpaksa harung jem dua kali... arrrggh stresss!! aku sampai kat paking lebih kurang 740 ptg. masa tu aku tak pakai skirt dia lagi.. aahh lantak la aku tukar kat paking tu jugak.. takde orang kan... pastu terus cepat2 aku naik atas.. nasib baik tak mula lagi.. masa tu aku memang tak tgk dah mekap aku cemane.. hahaha mesti dah hazab! yelah berpeluh2 kan... lantak la .. patutla org pandang2 aku hahahaha (dapat bayangkan scary tak muka aku masa tu! :P)

ni masa mula2 sampai. mekap jadi ape taktau laaaa!!!



bila dah abes mula la carik kawan2.. hahahha jumpa platun mate aku... hehe yg free hair tu dah jadik penyanyi polis dah! import jauh dari perlis.. (ehem.. bini org ok!)

kalau bab makan .. emm biasa jelah nak kata special takde ape pun yg special! hahahaha!! masa nak balik bila aku tgk muka aku!!!! HAIYOOOO!!! taktau nak cakap.. bedak bercapuk! hahahahahaha!! bongok betul laaa!!! malu weeh hahaha aku dah taknak mekap tebal2 dah! hehehehe last kot .. nanti tunggu aku kawen pulak laaa!! hihihi.. kbai.

p/s : sesapa yang nak bermakeup kan diri boleh lah berhubung dengan no di atas ye.. hahahahha