Pengikut

04 September 2013

CINTA KERANA ALLAH

assalamualaikum..

kebelakangan ni memang ramai yang bercakap pasal CINTA KERANA ALLAH.. kira macam quote of the daylah.. tapi masalahnye faham ke kita(aku) maksudnya tu.. sebagai manusia yang sentiasa ingin tahu, aku cuba cari maksud perkataan tu.. sekurangnya bila org bercerita aku faham, bile ada yg bertanye, ada jawapan... memang sng nak cari sbb teknologi kan dihujung jari... ni antara maklumat yg aku baca dari akuislam.com, wanwma.com dengan burhanshadiq

Cinta kerana Allah : mencintai seseorang lantaran ketaatannya kepada Allah atau cinta di jalan Allah. Biasanya seseorang itu bercinta kerana suka atau tertarik terhadap kecantikan dan ketampanan pasangan, atau perkara lain yang menarik seperti kekayaan. Dan bukan didasarkan cinta kepada Allah.

Anas bin Malik meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW Bersabda:
“Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah; sehingga dia dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan darinya; dan sehingga Allah dan rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya.”


dari hadis ini, terdapat beberapa point penting iaitu:
1. Mencintai seseorang kerana mencari reda Allah, bukan cinta hawa nafsu atau melanggar syariat. Seperti cinta seseorang yang ikut serta berjihad di jalan Allah, tidak untuk tujuan duniawi. Seperti cinta seseorang untuk beramal dan berjuang dalam organisasi. Dilakukan hanya untuk mencari keredhaan Allah.
2. Memilih dilemparkan ke dalam api daripada kembali menjadi kafir. Orang yang telah sempurna imannya tidak akan ada yang dapat mengubahnya menjadi kafir lagi. Dia tidak mengingkari ajaran agama yang telah diyakini seperti solat yang telah Allah wajibkan, tidak menghalalkan apa yang telah Allah haramkan, seperti Khamar atau mengharamkan yang halal

3. Mendahulukan cinta  kepada Allah dan rasul-Nya, mengalahkan selainnya. Orang yang sempurna imannya kepada Allah dan rasulNya lebih kuat baginya daripada hak ayahnya, ibunya, anaknya, isterinya dan semua manusia. Membela Islam dengan ucapan dan perbuatan, mengamalkan syariat Islam, mengikuti sunnah dan berakhlak dengan akhlak Rasulullah. 

2 ulasan:

Mohd Fauzi berkata...

Wah2...!!info yg menarik...
kt cni xleh nk cc plak hahaha..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wbt. Rsanya bjam2 sy skodeng blog awk mlm ni. Mcm2 sy bca, kjap2 gelak sorang2. Haha.. msti awk ni blh tahan sengal kan bila dgn geng. Niat nak google psal BMI, alih2 jmpa blog ni. Dri ksah pglm intview, kes isi borang, kes saksi mcm2 la. Sy skodeng, sbb sy nak tau smada awk bjaya ke tak intrview 2. Alhamdullilah, ALLAH da tulis rezeki awk jd polis. Tahniah. Hehe, sptut nya sy kna pggil awk kak, sbb sy bru 25, tp xpe kot ea. Sy tjebak dgn diet sbb tbaca blog sususejat n kevin. Jom jga ksihatan. Syafa :)