Pengikut

14 Mei 2013

TAHNIAH !

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

ari ni memang aku tengah terperangkap kat ofis menunggu bos aku jumpa big big big big boss!! jadi marilah kita membuang masa dengan menaip sepatah dua kata (sangat...). Macam semua org tau our IGP will be retired on 16 May 2013... tapi ada jugak yang busuk mulut busuk hati cakap yang IGP ni letak jawatan pastu cakap bukit tgh huru hara .. Hallooooo!!! dia bersara wajib ok! huru hara what the fff.... aku dok siini aman damai takde dengar pun huru hara?? bukit mana la yg dia pegi jengah tu! memang dasar pembuat fitnah tegar! huh!

atas persaraan itu, makanya DIG iaitu tan Sri Khalid telah dilantik untuk ambik alih tempat tan Sri Ismail Omar & tempat tan Sri Khalid pulak diambil oleh Datuk Seri Bakri Zinin ( Pengarah JSJ) .. haaa hebat tak?? dua -dua pemimpin ni memang berkaliber! aku dengar nama diorang je aku dah kecut perut.. kaaannn.. Dulu memang aku selalu tgk diorang kat TV .. cara bercakap sangat tegas! huhuhu itu masa belum masuk polis.. dah masuk ni ? haa lagi la nampak ketegasan tu... Secara jujurnya memang tak sabar nak tunggu pelantikan diorang n dah tentu setiap kali tukar pemimpin mesti akan ada pembaharuan yang akan dibuat.. pembaharuan itulah yang kita nantikan hehehehe... (tak sabar campur cuak!)

Apa-apapun aku nak ucapkan selamat bersara untuk Tan Sri Ismail Omar. pertemuan empat mata masa buat projek buku tu memang satu kenangan la lebih2 lagi pegawai baru macam aku. bukan je dapat jumpa 4 mata, siap makan satu meja... hehehee... semoga Tan Sri berbahagia disamping puan sri dan anak serta cucu.... aku pun nak ucapkan tahniah dekat dua pegawai yang dilantik. Semoga PDRM terus maju dan menjadi badan penguatkuasa terunggul di Malaysia..

TAK SABAAAR


Tiada ulasan: