Pengikut

16 Februari 2013

BERCINTA ?? bukan lagi PRIORITY

cewaaah tajuk hehehehe.... aku terasa nak tulis pasal cintan cintun ni sejak ke shila hamzah dengan Sharnaz Ahmad... hehehee.... urmm.. tetiba je aku rasa mcam aku faham je apa perasaan shila hamzah tu.. sebab apa yg jadik kat shila tu tak ubah, tak tumpah tak ape lagi.. macam pengalaman aku bercinta.. yang PENTING ayat sharnaz tu memang aaaaaii ntah! selalu je aku dapat dari lelaki2 yang aku kenal.. pelik kan! sebab tu la aku faham perasaan shila tu hahahaha!!!...

sebagai anak kan aku rasa kita ni memang kena terima pendapat orang tua.. pada aku restu orang tua tu penting.. janganlah tuduh kata kita tak pandai buat keputusan.. pada aku pandangan org tua yang lagi banyak makan garam, gula cuka tu sangat penting dalam bab jodoh ni.. dalam soal ni sebagai perempuan la kan aku rasa lelaki yang pandai ambik hati keluarga dan hormat keluarga kita adalah calon yang paling menarik minat untuk dijadikan suami.. awal2 dah menunjukkan penentangan abeh camno. kena pandailah menilai.. orang tua tu tolak mesti ada sebab... lelaki yang tak dapat terima kekurangan keluarga kita adalah lelaki yang aku reject.. n lelaki yang buat mak ayah aku tak selesa pun aku reject... so Shila Jangan frust sangat .. tapi aku rasa shila tu tabah jugak... jangan risau, kalau dah jodoh tu tak ke mana kan... tengok jejai ngan fasha... haaaaa....

sekarang umur aku dah 29 tahun.. haaaii cam tak percaya.. taun depan dah 30... urmm penyakit2 dah mula nak datang singgah badan dah ni... dalam umur 29 tahun ni aku boleh kira dengan jari berapa sangat lah aku bercinta... hehehehehe .. tak kisah pun.... sebab kalau setakat bercinta nak main2 nak buat ape..buang masa tau tak.. dosa kering lagi! haishh... saat ni jugak perasaan nak bercinta tu memang takde... sebab tu org kata aku takde perasaan kot.. hahahahha... yelah walaupun pengalaman bercinte tu kurenng tapi aku dah dapat kenal dengan macam2 orang.. haiishhh tak taulah.. ape yang aku boleh letak pasal lelaki = SEMUA SAMA! sebab memang aku jumpa sama jeeeee perangai peliklah.. kadang2 aku terfikir jugak aku ni memang dah ditakdirkan jumpa dengan lelaki mcm ni ke.. arrgh bosan siot! adoiii! dah tau dah apa diorang nak buat, nak cakap... emmmm...

di kala umur yang semakin meningkat ni memang dah tak terasa nak bercinta... mcm buang masa je. haissh! budak2 sangat kena datingla, kena call, bergaduh, keluar makan, beli hadiah.... urmmm bosan2.... sebab ending takde... rasa nak kahwin tu memang ada tapi tulah kalau dah jumpa yg mcm tu tak kawen pun takpe....

sekarang ni bercinta atau tak, tak penting, aku lagi pentingkan hubungan yang halal.. sebab aku rasa selamat.. hehehehhe... ni baru bercinta da rasa tak selamat kalau kawen? urrmmm....taktaulah

Tiada ulasan: