Pengikut

23 November 2010

SURAT MOHON PEKERJAAN

disebabkan tempoh kontrak aku tamat pada hujung bulan Disember, makanya aku perlu melakukan sesuatu iaitu jeng...jeng..jeng....

TULIS SURAT PUJI DIRI SENDIRI PASTU HANTAR KE MANA2 COMPANY MINTAK KERJA!!!!

hasilnyaaaaa..........

v(n_n)v (letterhead linda)

Siti Norhazlinda binti Kamarudin
Putrajaya(alamatRahsia)

23 November 2010
_______________________________
Kepada sesiapa yang berkenaan
(terutama yang baca blog nih) ,

Tuan/ Puan,

MEMOHON JAWATAN YANG SESUAI DENGAN KELAYAKAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya seperti nama di atas ingin memohon pekerjaan di bahagian Tuan/Puan yang sesuai dengan kelayakan saya. Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, saya merupakan graduan daripada Universiti Utara Malaysia kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dengan (kepujian) dan memperolehi gred 2.89.

3. Untuk makluman pihak Tuan/ Puan, saya kini sedang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir N41 (Sambilan) dan akan tamat pada 31 Disember 2010. Sebelum ini, saya juga pernah bekerja sebagai Pembantu Tadbir N17 (sambilan) di Kementerian yang sama. Sepanjang bertugas di sini, saya bertanggungjawab dalam memantau pelaksanaan projek pembangunan fasiliti kesihatan di bawah Jabatan Kesihatan Awam selain melaksanakan tugas-tugas pentadbiran yang lain. Dengan pengalaman yang saya ada, saya mempunyai kemahiran yang luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan yang membolehkan saya mengaplikasikan di organisasi Tuan/ Puan. Selain itu, saya juga telah melengkapkan diri saya dengan kemahiran-kemahiran sekunder dari pengalaman yang telah saya perolehi dari organisasi -organisasi lain sebelum ini.

(ada sesape yang berminat tak nak amek aku kerja lepas tgk gambar ni.. hihihihi)

4. Bersama- sama ini dilampirkan resume bagi menunjukkan keupayaan saya untuk menjadi salah satu dari pasukan Tuan/Puan. segala perhatian yang Tuan/Puan berikan adalah amat saya hargai

sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Siti Norhazlinda Binti Kamarudin


(p/s: laku ke tak surat aku ni???? ada tak org nak amek aku kerja... plis..plis... lagi sebulan je oi)

6 ulasan:

ease elle berkata...

linda...dorang tak renew kontrak ke? polis aritu bila dapat jwpn?

linda berkata...

tak... huhuhu dorang kate takde peruntukan.. yang polis ari tu interview dah lepas, tapi banyak tapisan lagi... huhuhuhu... kena tunggu dalam masa tiga bulan, kalau tak dapat surat tawaran maknanya takdelah...

ease elle berkata...

confirm tak renew? kena cergas cari keje ni....

linda berkata...

ha ah... confirm!!! nak berharap yang polis pun takleh jugak sebab tak kompem lagi.... memang kena cari kerja dengan kadar segera... huhuhhu

wANieYZ berkata...

2la..susah nk dapat keje tetap skang..klu dapt pun, kontrak jer..cm wanie..sementara jer..

Tanpa Nama berkata...

hahaha....aku ingat blog sape tadii...sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....aku xknal..aku xknal..hahaha