Pengikut

24 Ogos 2010

surat utk PM

salam YB Dato' Seri. saya merupakan antara beribu-ribu pekerja sambilan yang berkhidmat di sektor Awam. Saya telah berkhidmat selama 3 tahun. saya tahu dan saya sedar tempoh bekerja saya baru setahun jagung. Namnun begitu, saya amat menghargai peluang saya bekerja di sektor awam.

di sini saya ingin mengutarakan pendapat dan pandangan saya mengenai status pekerja sambilan di sektor Awam. saya dan rakan-rakan mengharapkan perkhidmatan kami di sektor awam di hargai kerana kami juga menyumbang tenaga secara langsung dan tidak langsung.

oleh itu, saya mencadangkan agar:
1) perkhidmatan pekerja sambilan masih diteruskan dan disambung dari semasa ke semasa.
2) Pekerja sambilan yang telah berkhidmat lebih dari tiga tahun diberi peluang untuk diserap kepada status tetap. ini kerana, pekerja yang bekerja lebih dari tiga tahun telah mempunyai pengalaman dalam bidang tertentu. Jadi sangat kerugian jika sesuatu Jabatan itu kehilangan mereka yang telah mempunyai pengalaman dalam bidang2tersebut.
3) Gaji sambilan dikira secara tetap(bulanan) tanpa kenaikan (sudah memadai). disebabkan kos taraf hidup yang semakin tinggi, pengiraan gaji hari seperti tidak relevan.
4) cuti sakit tidak disekalikan dalam cuti tahunan(7 hari) standardkan cuti sama seperti pekerja tetap.

sekian dari saya mewakili rakan-rakan lain yang bekerja sambilan di sektor awam. saya berharap suara kecil kami dapat menarik perhatian YB Dato' Seri.

TErima Kasih.


sebenarnya aku nak hantar dalam blog 1Malaysia.. sebab tadi aku dengar berita dekat TV yang PM ada minta IDEA rakyat utk pembentangan bajet 2011 bulan oktober nanti.. jadik dengan penat lelah aku pun taiplah isi2 kat atas tu... dah selesai taip tak boleh pulak nak approve huh!! hangin betul la... jadiknye aku decide nak letak dalam blog aku jelah... kira macam suara hati yang terkubur la kan.. huhuhu...

DOA AKU: MOGA2 PM ADA BUKAK BLOG AKU... HUHUHU... AMIN!!! KALAULAH ADA SAPE2 NAK TOLONG SAMPAIKAN KAT DIA AKU UCAPKAN BANYAK2 LAH TERIMA KASIH...

4 ulasan:

aiDa aRmiN berkata...

nape xle approve??camner nak bgi idea kalu xle approve..bengong gak erk..heheh..papepon harapan kita2 nie cam susah arr cik lynda..sbbnya bukan kita jek yg rasa camni..golongan pekerja2 lain pon sume berisiko..cbe tgk pengawal keselamatan, pekerja kilang tu sume..isu2 ni pon xde kesudahannya..xtau nak kate ape lagik dah..hopefully ade yg lebih baik tok thun 2011 nnt..

linda berkata...

hehehe... tulah takpe da hantar dekat FB PM hehehe... dia nak baca ke taknak baca ke tak kisah le.. janji dah bg cadangan untuk bajet 2011.. huhuhu... yang org tulis ni mewakili pekerja sambilan dekat sektor awam.. semalam baca dalam FB dia, semua sektor da ada wakil yang bersuara..swasta, kilang ke, suri rumah.. sume da ada wakil.. cube nasib jelah.. kalau masuk dalam bajet 2011 maknanya suara ni telah didengar..

Atia Adina berkata...

manarik surat ni..tapi x yakin la FB PM tu dia punya betul2 mesti ada pegawai lain yang ditugaskan untuk handle akaun tu..

selamat berbuka puasa

linda berkata...

tulah yg jadik suara hati yang terkubur huhuhhu......

selamat berpuasa juge... thanks sudi singgah baca :)