Pengikut

14 Julai 2010

mari belajar- HAID

salam sayang wahai reader2 ku.. (ada ke hihihi)... ari ni aku nak bg info sangat berguna bg org pompuan mengenai HAID/ datang bulan.. kenape tibe2 nak berkongsi pasal haid pulak ni.. TOLONG JANGAN JIJIK ye.. ini ilmu... jgn ngengada nak geli2.. lelaki pun leh baca ... senang nanti bile tetibe org umah datang bulan, tau mcm mana nak menghandle... okey kite teruskan pelajaran kiter yang:

PERTAMA : MAKSUD HAID
HAID atau DATANG BULAN bermakna
satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung.
ini bermakna mereka2 yang datang haid TIDAK akan sama sekali mengandung.. oke! PAHAM YE.... semasa kedatangan HAID, seorang perempuan tu akan kehilangan banyak darah... emm tulah sebab bile pompuan period dorang letih kannn.. ada org kater darah yg dikeluarkan tu darah kotor.. SEE... bertuahnye jadik org pompuan.. takyah susah2 nak berbekam la, ubat gune lintahla, cuci darah la semata2 nak keluarkan darah kotor... haaaa.. tiap2 bulan secara semula jadi darah kotor akan keluar... (hargai la diri sebagai perempuan) hehehe

KEDUA: simptom2 ketika HAID
korang pasan tak kalau rg perempuan period, dorang mesti takde mood, marah2.. kalau boleh sesape yg bising2 time period memang nak makan penampor laaahhh... hahahaa!! (ada yang pernah kene ke? :p)antara gejala2 masa period:-

a) sakit kepala,
b) pengumpulan cecair,
c) ketegangan payu dara,
d) mudah meradang, keresahan,
e) sakit tulang belakang,
f) kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen
g) tekanan perasaan.
ini juga kita kenali sebagai PMS .. paham ye!
(utk lelaki2 jgnlah marah bile wanita2 disekeliling anda berkelakuan ganjil ye)

sambungan KLIK DI SINI ...... dah pukul 2 pulak!!! huhuhu

Tiada ulasan: