Pengikut

18 Julai 2010

mari belajar- HAID part 2

kita sambung sesi pembelajaran kita ye pasal HAiD.. ini bab terakhir hehehehe...

Kesan kitaran haid pada sistem saraf

A) 80 peratus wanita dengan epilepsi mengalami peningkatan serangan kekejangan berbanding biasa dalam fasa kitaran mereka apabila progesterone menurun dan estrogen meningkat.

KITARAN LUAR BIASA

Pendarahan

a) Pendarahan yang banyak atau jumlah melebihi 80 ml (hipermenorrhea atau menorrhagia) adalah tidak normal.

b) Pendarahan amat sedikit (kurang dari 10ml) dikenali sebagai hipomenorrhea.

c) Pendarahan berpanjangan (metrorrhagia, juga sebagai meno-metrorrhagia) tidak lagi menunjukkan pola selingan yang jelas. Pendarahan kegagalan uteria (Dysfunctional uterine bleeding) merujuk kepada aliran luar biasa yang disebabkan oleh hormon, biasanya anovulation.

* Kesemua pendarahan tidak normal memerlukan perhatian perubatan; ia mungkin menunjukkan ketidak seimbangan hormon, fibroid pada uterus, atau masaalah lain.

Disebabkan wanita yang mengandung mungkin berdarah, ujian kehamilan mungkin membentuk sebahagian daripada penilaian pendarahan tidak normal.

PANJANG KITARAN
a) Istilah perubatan bagi kitaran dengan selang 21 hari atau kurang adalah polymenorrhea dan, sebaliknya, istilah bagi selang kitaran melebihi 35 hari adalah oligomenorrhea (atau amenorrhea sekiranya selang melebihi 180 hari).

b) menorrhea merujuk kepada ketiadaan haid berpanjangan bagi wanita dalam tempoh membiak. Sebagai contoh, wanita dengan lemak badan amat rendah, seperti ahli sukan, mungkin berhenti datang haid. Amenorrhea turut berlaku semasa hamil.

HAID AWAL
Keadaan remaja precocious (precocious puberty) telah menyebabkan haid berlaku kepada gadis semuda lapan bulan.[18]

OKEY SEKIAN SAHAJA PEMBELAJARAN KITA PADA HARI INI.. HEHEHE.... SEMOGA INFO NI DAPAT MEMBERI MAKLUMAT YANG TEPAT BERKENAAN DENGAN HAID.... TQ!

INFO : wikipedia

Tiada ulasan: