Pengikut

02 Mac 2018

LAPOR KERJA - BERMULA EPISOD BARU

Hai Assalamualaikum hehehehe.... setelah sekian lama duk umah dua bulan akhirnya kembali semula bertugas... welcome back lah linda!!! mana posting kau? hahaha malas la nak cakap.. bak kata pepatah tempat jatuh lagi kan dikenang inikan pula tempat bermain haa kau hado!! orang kata balik ke pangkal JALAN adik !! hihii so perasaan teruja tu takdelah sangat sebab environment masih yg sama cuma hahaha dah hafal da perangai org dalam tu... cuma nya org kata kita sendiri yang berwajah baru mampu ke kita mengubahnya atau kita hanya mampu mengikut cara dan budaya kerja yang lama ceeeeh gitu!!!

lagi dua bulan nak habis belajar, kitorang diberi peluang utk memilih tempat baru... ceehh dengan konfidennya aku pun pilih la tempat baru walaupun sebenarnya aku taktau pun nak pergi mana hihihi... sebab kengkonon nak tukar angin la kan... pilihan 1-3 jabtan lama langsung xde dalam list haaa kelas kan.. punya la taknak ni... lastnya bila bos lama kau call tanya pastu bagi hint macam nak tarik kau balik masuk tempat lama disebabkan hati kau lembik tak kuat... n lagi satu prinsip kau yang mengatakan SAYA MENURUT PERINTAH... jadinya saya menurut perintah lah!! hahahaha lapor la hakak kau ni kat jabatan lama... so keterujaan tu kurangla.. sebab kau da tau kau akan jumpa sape , apa kau nak buat n so on.. dalam berat hati cuma jugak sedapkan hati huhuhuhu.. pikir balik emm rezeki aku kat sana la kot ... jadinya kita redho dalam paksa la org kata memula kan.. ingat nak lapor tarikh hujung2 sekali kebetulan hakak kau ni ada perjumpaan rasmi so lengkap lah kite berpakaian kerja kan.. nak jadi cerita org ofis kol tanya bila nak lapor.. memula kata 16hb sekali bila bos pulak kata nak cuti lagi ke  he eh termalu pulak!! mmg le tak sebab aku dah cuti panjnag hahaha .. okeyla lapor 5hb la.. ok deal la kan kengkonon.. sekali dia suruh naik atas jumpa... ingat nak jumpa nak ejas la apa yang patut.... sekali jumpa dia bgtau dah kau kena buat tu buat ni buat tu buat ni!! haa sekali tanya la bos saya lapor isnin blh ke dia kata lapor sekarang la kenapa nak lapor isnin.... nak pegi mana2 ke atau ada nak cuti ke ada problem.. hakak kau ni sejenis yg gabra emmm.... terus ok je.!! mampuih !! jadinya secara rasminya aku lapor masuk tempat lama balik paling awal dari geng2 yg dapat posting 1 .3. 2018 - tarikh aku masuk polis hihihiihi.. oklah tu kan senang nak ingat!!! hohoho

wish kite maju jaya, bertabah sentiasa, redha ... ok !!

-#sisredho-

28 Februari 2018

BAGUSNYA BOS CEREWET ... hihihihi

hai ols!! selamat pagi ... hehehehe hari ni ntah kenapa tergerak hati nak tulis pasal bos yang cerewet hihihi.. bukan ape emm sejak dua menjak ni ada kawan2 yang selalu merungut pasal bos2 yang cerewet ni.. haishh... aku ada pengalaman berdepan dengan bos yang cerewet nak mati hahahahha!!! seksa weeehhh mencabar jiwa dan raga sekaligus kadang2 boleh menjejaskan emosi kita hahahhaa... masa aku kerja sambilan dulu, kitorang punya big2 bos dia punya cerewet tu sangat menikam jiwa tau korang bayang la sampai surat korang tu pun dia boleh ukur dengan pembaris haaa ko rasa???? nak tgk alignment mesti sama macam yg dia nak... hahahhaha... dari pada surat kerani buat sampai la ke pegawai2 semua dia kontrol kau bayangkan la macam mana stressnya kerja dalam situasi macam tu ...

tu cerita 10 tahun lepas haaa... ni cerita yg hayat sekarang .. emm cerita sekarang pulak aku berdepan jugak dengan bos yang cerewet .. cerewet dia ni taklah sedasyat cerewetnya bos yang 10 tahun lepas tu hahaha cerewet pada aku yg kiranya agak bermanfaat jugak dari segi kualiti kerja hahahahaha... Bos perempuan, memang nak perfect je sentiasa, lepas tu selalu dia akan buat benda yang org tak suruh buat hahaha tapi akhirnya benda yg dia suruh buat tu akan guna jugak suatu hari nanti hahaha macam tu la... itu yg aku nampak la.. 6 tahun kot dok bawah dia kadang2 rasa macam stress jugak , sebab nak mintak input macam ni kat org ko ingat org suka ke nak bg input.. huhuhu nangis tau ... ko kena pressure dengan bos pastu kau stress pulak dengan org yg bagi input tu lagi2 bila input tu tak memenuhi citrasa bos kau.. memang kau akan gila !!! arggghh!! cerita pun dah stress.. lagi satu dia sangat susah nak letak kepercayaan dia kat kau sampai kadang2 apa ygg kita bagi kat dia tu dia tak terima n dia boleh buat balik semua .. macam kerja kau tak dihargai la gituuuu!! disebabkan sikap cerewet dan perfectionist dia ni ramailaaaa org tak suka kat dia n tak boleh nak pergi cara kerja dia hahaha gila kan.. kira aku yang bertahan ni kira dah terbaik abes lah!!! ni pun nasib baik dibantu oleh kawan seofis mate yang cuba menjadi pententeram keadaan kalau tak rasanya aku pun mental kot.... hihihihi...

tulah pengalaman aku berdepan dengan bos yang cerewet... hahahaha apa pulak faedah nya kalau asik buat kau stress je hihihii... ni meh nak kongsi faedah bos yang cerewet ni:-

1) kau tau ape kau buat
2) kau kerja ada timeline so kerja kau tak kan terlari ke longkang
3) kau pun ikut stirct sama macam dia.. yela dia tekan kau, kau stress kau terpaksa tekan org lain hahahah...
4) kau cepat belajar pasal kerja, cepat alert, lebih bersedia.. sebab takut kena marahkan.. jadinya benda da siap prepare awal2.. nak bg je nak bg gituuuuu
5) kau dapat adapt dengan situasi yang lebih mencabar haha
6) kau rasa tak senang pulak tgk org yang kerja sambil lewa nak pulak kau dapat superior ala chipsmore kau jadi mati kutu.. kang aku buat lebih kang kena pulak tak buat kang nak jadi apa pulak kan.. hahahaha
7) takde istilah goyang kaki.. hari2 dipenuhi dengan ilmu ewaah
8) kau lebih pandai dari pegawai2 yang ada hahaha sebab kau tau semua benda... terpaksa belajar kang dia tanya takkan nak jawab taktau
9) Insya Allah kalau kau interview jadi tak susah sebab kau tau apa kau buat
10) ini yang penting sekali DUIT GAJI KAU HALAL ahaha sebab TAK MAKAN GAJI BUTA

tapi nak capai semua ni terpaksa melalui zaman2 emosi merudum, air mata tak berenti mengalir stress dan sebagainya...

ala kerja kan mana pun tak sama.. redho jelah selagi kau kena kerja.. hihihi key bai!

23 Januari 2018

lose weight journey - NEVER ENDING STORY !! kah kah!!

lose weight journey aku tak pernah tamat... hahahaha dari tahun ke tahun azam nak turun kan berat ni mmg ada hanya yang berjaya masa aku kat pulapol ... hahahahha!!! paham2 jelah sebab apa kan... 7 tahun lepas keluar dari pulapol now berat dari tahun ke tahun makin naik pulak dah hahahah .. tu maknanya kau tak konsisten linda!! hahaha org kata hangat2 taik ayam je semua ni hihihi.... 

tahun 2018 - sambung lagi perjalanan lose weight kita...hahahaha why not kan.... remember 70% food 30% exercise... haa masalahnya sekarang ni aku exercise ni dah takde masalah tapi bab makan ni yang problem huhu.. nampak gaya kene bukak website susu sejat balik lah ni kikiki!!!...  

Lepas aku scroll2 google aku terjumpa satu diet yg pantas tapi tak sure apa effect dia hahaha sebab rasa macam kejam sangat je menu dia ni hahahaha nak try tak??? 
 
perkenalkaaaannn !!!!! JENG JENG JENGGGG!!!!!


DIET TELUR REBUSSSS!!!! hahahaha ko mampu??

kalau ikut dari menu dia laaa haha dalam tempoh dua minggu kita akan lose weight dalam 10kg hahaha... dalam menu ada sayur , carbo, vitamin & protien .. emm rasa takde masalah la kot kan semua kumpulan makanan ada.. apa kata ko nak try tak hahahahha!!

aku try dulu tgk sejauh mana mampu bertahan hahahahaha keybai!! lagipun laki aku asik dok cabar2 ni bernanah jugak telinga!!huhu sentap tau kadang2 lagi2 bila laki kau yang cakap... huhuhu... 

kita start hari ni okey !!!! JOMMM!!!